Monday, January 11, 2010

Long Journey

Hari Jumaat lepas kami berpeluang ke Palmerston North atau lebih dikenali dengan Palmy...kami bertolak pukul 11 pagi dan tiba di sana pukul 7 petang...perjalanan mengambil masa 8 jam...lebih kurang jarak dari Kuala Trg ke KL (jalan lama sebelum ada highway)

Auckland ke Palmy ibaratkan dari KL ke K.Trg lah sebab Auckland ni bandar besar dan Palmy pulak cuma bandar kecil.

Sebenarnya ada kawan dari Palmy dtg ke rumah kami (mereka dr M'sia dan singgah di rumah kami 2 hari)...bila dia nak balik ke Palmy teringin pulak nak mengikut mereka...lagi pun Nan ada kawan baik kat sana (Ahmad Ziad) dan di samping tu Nan nak jumpa second dan third supervisor dia kat sana (Massey Uni kat Palmy)...maka atas sebab tersebut kamipun berangkatlah ke Palmerston North

Di sini kami catatkan apa yang kami lihat sepanjang perjalanan pergi dan balik ke Palmy

Nilah kawan kami dari Palmy...Saifuddin dan isteri, Nina...serta anak2 mereka Afrina (10), Afiq (8), Amar (6) dan Ashraf (5)

Peta menunjukkan Auckland ke Palmerston North 

Kami pergi dan balik menggunakan Tom Tom...gambar atas rupa si Tom ni waktu siang dan bila malam pulak si Tom ni berubah warna...Terima kasih Azlina kerana sudi meminjamkan Tom Tom ni...

Di kiri dan kanan jalan banyak pokok2 pain atau lebih kurang pokok krismasNi lah rupa jalan...tak terlalu besar dan kecil...tak banyak kenderaan yang lalu lalangSinggah sebentar di Tasik Taupo...salah satu tempat pelancongan di sini...tasik ni sangat luas..katanya terhasil dari gunung berapi...Tempat parking caravan berhampiran Tasik Taupo

Teruja tengok Gunung Ruapehu yang dilitupi salji dan puncaknya dilitupi awanJuga melalui kawasan Desert...tiada pokok yang tumbuh di sini

Perjalanan yang merentasi gunung ganang dan bukit bukau

Kapal terbang jatuh?...bukannnnn ni cuma sebuah kafeJuga melalui muzium tenteraSempat tengok lori accident...mujur tak jatuh dalam gaung

Keindahan tasik Taupo dalam perjalanan balik

Ibadat tidak dilupakan....sejukkknya air...terketar2 waktu tengah solat

Walaupun ada Tom Tom, kami tetap perpandukan peta dan inilah pembaca peta kami

2 comments:

  1. Jauh berjalan luas pandangan..Masya Allah..cantik sungguh keindahan ciptaanNya..bertuah akak dapat pengalaman berharga..Tq sudi bkongsi..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...kami pun tak putus2 menyebut Alhamdulillah sepanjang perjalanan krn diberi kesempatan oleh Allah utk menyaksikan semua ini...satu hari nanti kami harap diberi kesempatan utk melihat Baitullah pula...InsyaAllah

    ReplyDelete