Bagi kami ada satu lagi yang istimewa 31 Disember ni kerana ia merupakan Hari Ulang tahun Perkahwinan kami...tahun 2009 ni merupakan tahun yang ke-11...Happy Anniversary...
Begitu cepat masa beredar...pejam celik pejam celik dah sebelas tahun rupanya usia perkahwinan kami...tak sangka ulang tahun kesebelas ni kami sambut di negara Kiwi ni...
Kalau diputarkan semula jam...sebelas tahun yang lalu kami melalui cabaran yang begitu berliku...Nan hanya bekerja sebagai Guru Sandaran (GSTT) dan aku pulak cuma kerani di syarikat yang kecil...tapi kerana nekad untuk berubah... sambil bekerja kami menyambung pelajaran di peringkat sarjana di UiTM Shah Alam...
Alhamdulillah sedikit demi sedikit ada kemajuan...akhirnya aku berjaya masuk KPLI dan kini sudah 8 tahun bergelar guru...manakala Nan pulak...daripada pensyarah Kolej L&G Twintech seterusnya berpindah pulak ke UMP hingga kini...begitu juga dengan tempat tinggal...beberapa kali kami berpindah randah...dari Pantai Dalam ke Sri Damansara...kemudian ke Gambang Pahang...seterusnya ke sini (NZ)...Alhamdulillah juga kerana di usia ke-11 perkahwinan kami ini kami dianugerahkan oleh Allah 4 cahayamata yang sempurna dan cukup sifat...Najwa, Arif, Yasmin dan Wafa...
Harapanku semoga kedatangan 2010 akan memberi aku lebih kekuatan dalam mengharungi hidup di negara orang... aku akan memperuntukkan masa cutiku yang panjang ini untuk mengasuh dan mendidik anak2 ku supaya mereka tidak terlalai an terleka dengan dunia "mat salleh" ni dan semoga mereka menjadi anak2 yang soleh dan solehah...Semoga suamiku juga akan terus tabah mengharungi dunia PhDnya...tabah menghadapi apa jua cabaran dan rintangan yang bakal mendatang...
Dan harapanku juga semoga di tahun 2010, Allah memurahkan rezeki kami anak beranak seterusnya dapat pulang bercuti ke kampung halaman dan menziarahi orang tua serta sangat saudara yang sangat kami rindui...
Dan bersempena dengan ulang tahun perkahwinan kami juga...aku harapkan semoga rumahtangga kami kekal aman bahagia hingga ke akhir hayat
Kek yang dibuat khas sempena Anniversary
Kad ucapan daripada anak- anak tersayang
Alhamdulillah...dari classmate (form1 - form5) bertemu jodoh dan kekal bahagia hingga sekarang
Alhamdulillah atas anugerah Allah...semoga kalian akan menjadi anak yang soleh & solehah
Alhamdulillah...diberi peluang oleh Allah untuk menyaksikan keindahan bumi New Zealand ini