Wednesday, December 9, 2009

Alangkah baiknya amalan macam ni

Setelah hampir tiga bulan berada di sini...aku lihat ada beberapa perkara yang diamalkan oleh masyarakat di sini yang patut kita contohi

KENDERAAN

1) Kita belum sampai pun kat Zebra Crossing tapi kereta dah berhenti...pembawa kenderaan kat sini amat menghormati pejalan kaki...Nan pernah kena sound sebab tak berhenti kat Zebra Crossing waktu ada orang kat tepi..."This Zebra Crossing Mate"...lepas tu kami amat hati2 bila tiba di Zebra Crossing

2) Tak ada kapcai di jalanraya...Kalau kita berada dijalan raya tak kelihatan langsung motosikal (kalau adapun jarang sangat dan cuma motosikal besar shj)...apatah lagi budaya merempit lagilah tak ada kot...kalau kat Malaysia macam ni tentu kadar kemalangan dapat dikurangkan.

3) Orang dalam kenderaan mesti berada ditempat masing2 & memakai tali pinggang...tak ada budaya riba anak, berdiri, duduk celah2 dekat handbreak (ni anak aku suka buat masa kat Malaysia)...pemanduan sangat selamat.

4) Jarang kereta potong secara tiba2...actually suamiku cukup bersopan bila bawa kereta...sebab tulah kalau kat Malaysia banyak kereta yang tiba2 potong kami...tapi kat sini amat jarang...orang kat sini bawa kereta steady je...taklah tergopoh gapah mcm kat Malaysia 

PEMBUANGAN SAMPAH

1) Pengasingan Sampah...Kat sini sampah perlu diasingkan mengikut kategori..dan setiap sampah diambil oleh syarikat yang berlainan contohnya sampah biasa (plastik oren..plastik ni harganya $1.70 dan diambil pd setiap hari Selasa), pakaian (plastik pink, pakaian ni akan didermakan), kaca, plastik dan tin (tong biru sebelum diletak bekas tu kena dibersihkan dahulu).

Tong sampah, plastik oren dan plastik pink untuk sampah yang berlainan kategori

2) Jarang kelihatan sampah...Aku rasa masyarakat kat sini amat prihatin tentang pembuangan sampah...contohnya di Long Bay, walaupun tong sampah tidak disediakan tapi tidak kelihatan sampah...semua orang yang berpicnic bawa balik sampah masing2.

Long Bay yang amat bersih dan nyaman

KEDIAMAN

1) Rumah2 kat sini setakat yang aku tengok tak adapun bergrill (kalau kat Malaysia sebelum masuk rumah perkara pertama kena buat ialah pasang grill)...diaorg just pasang cermin & sliding door je...kalau kat Malaysia...selamatlah penyamun bermaharajalela..

Rumah kami antara contoh rumah yang tiada grill dan ada garaj kereta bertutup...kat sebelah garaj kereta kami tu garaj kereta Paul ( jiran kami)

2) Orang kat sini amat menitik beratkan penjagaan halaman rumah...jarang rumah yang ada rumput panjang kecuali rumah kami...he he he (tengah survey pemotong rumput sbb nak upah mahal) 

LAIN- LAIN AMALAN YANG BAIK

1) Menderma barang yang tidak diperlukan...biasanya orang kat sini akan meletakkan barang yang mereka tak perlu ditepi2 jalan dan mereka labelkan "free" contohnya yang pernah aku nampak pakaian, microwave dan meja...malah kat sini ada hari organic (orang meletakkan barang ditepi2 jalan) dan boleh dikutip oleh orang lain

2) Sekolah- sekolah kat sini amat mementingkan kesihatan para pelajar contohnya Arif  & Najwa setakat 2 bulan sekolah kat sini dah 5 kali kena rawatan gigi, kena check telinga, kepala, mata dan lain2.

3) Golongan warga emas kat sini semuanya diberi elaun secara mingguan (tak kiralah kerja ke tak kerja sebelum ni)...jadi tak delah susah nak kerja bila dah tua...teringat pulak dekat Mak Su kat kampung terpaksa kerja walaupun dah tua dan sakit.


3 comments:

  1. Kagumnya saya dgn budaya msyrkt NZ terutamanya psl kbersihan..berbeza sgt dgn msyrkt kita w/pun mengamalkan Islam yg mementingkan kebersihan tp sana-sini kebersihan diabaikan..

    ReplyDelete
  2. Kalau kat sekolah akak kat Lepar dulu lg dasyat..sampah merata2...w/p tong sampah ada disetiap kelas..kat tangga pulak byk air ludah..kalau naik tangga kena angkat kain takut kena...eeekkk teruk betullah anak bangsa kita

    ReplyDelete
  3. of course its different than our contry.Its nothing new. Except we malaysians do not make it our culture to practice it. For instance wearing seat belts, installing car seats for children and recylcling.....

    ReplyDelete