Wednesday, December 30, 2009

Hari Istimewa

Hari ini, 31 Disember merupakan hari yang cukup istimewa...istimewa kerana ia merupakan hari penutup bagi satu- satu tahun dan hari esok kita akan membuka lembaran yang baru...hari ini juga biasanya orang mula mencipta pelbagai azam untuk meningkatkan prestasi, kemajuan dan sebagainya untuk tahun hadapan...

Bagi kami ada satu lagi yang istimewa 31 Disember ni kerana ia merupakan Hari Ulang tahun Perkahwinan kami...tahun 2009 ni merupakan tahun yang ke-11...Happy Anniversary...

Begitu cepat masa beredar...pejam celik pejam celik dah sebelas tahun rupanya usia perkahwinan kami...tak sangka ulang tahun kesebelas ni kami sambut di negara Kiwi ni...

Kalau diputarkan semula jam...sebelas tahun yang lalu kami melalui cabaran yang begitu berliku...Nan hanya bekerja sebagai Guru Sandaran (GSTT) dan aku pulak cuma kerani di syarikat yang kecil...tapi kerana nekad untuk berubah... sambil bekerja kami menyambung pelajaran di peringkat sarjana di UiTM Shah Alam...

Alhamdulillah sedikit demi sedikit ada kemajuan...akhirnya aku berjaya masuk KPLI dan kini sudah 8 tahun bergelar guru...manakala Nan pulak...daripada pensyarah Kolej L&G Twintech seterusnya berpindah pulak ke UMP hingga kini...begitu juga dengan tempat tinggal...beberapa kali kami berpindah randah...dari Pantai Dalam ke Sri Damansara...kemudian ke Gambang Pahang...seterusnya ke sini (NZ)...Alhamdulillah juga kerana di usia ke-11 perkahwinan kami ini kami dianugerahkan oleh Allah 4 cahayamata yang sempurna dan cukup sifat...Najwa, Arif, Yasmin dan Wafa...

Harapanku semoga kedatangan 2010 akan memberi aku lebih kekuatan dalam mengharungi hidup di negara orang... aku akan memperuntukkan masa cutiku yang panjang ini untuk mengasuh dan mendidik anak2 ku supaya mereka tidak terlalai an terleka dengan dunia "mat salleh" ni dan semoga mereka menjadi anak2 yang soleh dan solehah...Semoga suamiku juga akan terus tabah mengharungi dunia PhDnya...tabah menghadapi apa jua cabaran dan rintangan yang bakal mendatang...

Dan harapanku juga semoga di tahun 2010,  Allah memurahkan rezeki kami anak beranak seterusnya dapat pulang bercuti ke kampung halaman dan menziarahi orang tua serta sangat saudara yang sangat kami rindui...

Dan bersempena dengan ulang tahun perkahwinan kami juga...aku harapkan semoga rumahtangga kami kekal aman bahagia hingga ke akhir hayat

Kek yang dibuat khas sempena Anniversary

Kad ucapan daripada anak- anak tersayangAlhamdulillah...dari classmate (form1 - form5) bertemu jodoh dan kekal bahagia hingga sekarangAlhamdulillah atas anugerah Allah...semoga kalian akan menjadi anak yang soleh & solehahAlhamdulillah...diberi peluang oleh Allah untuk menyaksikan keindahan bumi New Zealand ini

4 comments:

  1. tahniah kak asna!! semoga kekal ke akhir hayat!!..cantiknya kek!!

    ReplyDelete
  2. he he..baru belajar2 hias sendiri...mahal sangat kat kedai...kenalah buat sendiri...anak ramai...jimat sikit

    ReplyDelete
  3. Lan,
    Best nya bc cite kak asna ngan abg nan..teringinnye nk jd gtu gak..Tahniahkat abgnan,moga2 dapat habiskan Phd dengan jayanya..Insy..rindu kt abg nan,lame xngeteh.asyik2 kuar ngan c.wahidjer

    ReplyDelete
  4. Lan, nanti abg nan balik kita pergi lah teh tarik kat kedai hijau..kirim salam kat kwn2 sana..

    ReplyDelete