Sunday, December 6, 2009

Hujung minggu yang padat

Ingatkan weekend ni nak buat Majlis Hari Jadi Min...tapi tak sempat sebab minggu ni betul2 sibuk...ni lah antara aktiviti kami....zoommm

SABTU

Kelas English (Northcote College)

Sebenarnya dah lima minggu aku menghadiri kelas English (setiap Sabtu, 9 - 12) dan hari ni merupakan kelas terakhir aku...Sejak masuk kelas English ni adalah sedikit improvement ...sebab kalau dulu aku agak takut nak bercakap dengan non-malay...sekarang okeylah sikit...bolehlah...Ingat nak ambil kelas lagi next sem...tengoklah macammana...

Bergambar dengan classmate & cikgu...6 orang dari 6 negara (Russia,Korea,China, M'sia, NZ)

Kawan yang duduk sebelah aku (Ivy - China)

Suasana dalam kelas di Northcote College

Kebiasaannya bila habis kelas kami akan ke Tofu Shop & Taiping di Northcote (letaknya lebih kurang 20km dari rumah kami...kat sini harga ikan , sayur dan buah2an agak murah dan banyak barangan dari Asia

Majlis di rumah Ijam

Pukul 6.00 petang kami beramai2 satu rombongan Cik Kiah sekali lagi ke Northcote untuk menghadiri majlis bersama Chef Ijam...Untuk pengetahuan Ijam ni kerja sebagai Chef kat Auckland ni...katanya dia dah nak pulang ke tanahair...sebab tu lah hari ni dia adakan majlis untuk kami semua...Haa!!! bila kenduri kat rumah chef apalagi...bukan main special lagi menunya...okey jom kita tengok...

Inilah dia Chef Ijam kita...terima kasih atas jamuan yang cukup meriah (lebih kurang 12 warga north shore & family berkumpul di siniFirst time dalam seumur hidup aku merasalah jugak sushi...kawan Ijam (orang Jepun) yang buatKambing bakar...cicah dengan brown sauce...dan adalah lagi dia punya lauk2 yang lain...nak sebut pun tak tahu...Kari daging dengan rotidan banyak lagi kuih muih yang lain puding buah, puding jagung, kuih bingka labu...pendekkata kenyang sungguh

Alhamdulillah...balik walaupun kenyang dan penat sempat ajar anak mengaji...siap papanya bagi ceramah agama tentang azab seksa kubur...bukan anak je yang takut...maknya pun rasa ngeri

AHAD

Pasar Avondale

Pagi- pagi lagi kami sekeluarga bersama keluarga Biha dan June ke Pasar Avondale di Auckland City...Tujuan utama kami nak cari dapur gas...aku tengok Biha dan June sibuk membeli barangan tembaga (sebab murah sangat cuma dalam $5 je satu)...aku teringin gak nak beli cuma ekonomi belum mengizinkan...Kami jumpa ramai jugak orang Malaysia...ada yang datang seminar, ada yang menjual (Cina dari Penang dah 21 tahun kat sini)...bila dah jumpa tu panjang jugaklah bercerita

Rombongan ke Pasar Avondale

Berehat di pusat rekreasi sebelah MOTAT

Lepas penat bershopping di Avondale, kami singgah makan kejap dekat pusat rekreasi sebelah MOTAT...macam2 bekal yang Biha dan June bawa...nasi goreng, mee goreng, kuih bingka, pulut panggang dan kek coklat.

Perarakan di Browns Bay

Lepas tu kami sempat singgah kejap kat Browns Bay untuk melihat perarakan sempena Krimas...aku rasa bersalah gak sebab tak pasal- pasal tengok perarakan diaorg ni...tapi bila orang semua pakat pergi teringin jugak nak tengok...tambah pulak anak- anak kami sibuk nak tengok perarakan sekolah dia...

Glamorgan School...sekolah kebanggaan kakak & abangAnak2 sibuk menadah tangan...mintak gula- gulaBendera Malaysia pun ada...ni perarakan oleh syarikat pelanconganWajah yang kepenatan yang tak terhinggaTarian kebudayaan Korea

Jemputan Rumah Penghulu (North Shore)

Petang kami ke rumah Izwan (penghulu North Shore)...saja minum2 petang sebab walaupun dah 2 bulan kami kat sini kami tak pernah sampai lagi rumah Izwan...

So, minggu ni jadual betul padat...nak tulis blogpun tak sempat...thats why aku rangkum sekali ..bila baca jadi macam dairi pulak...apa- apalah...

5 comments:

  1. Sedapnya daging biri salai yang Ijam masak, tapi mahal kot nak beli sebelah peha macam yg Ijam beli..huhu

    ReplyDelete
  2. asna,
    bestnya ikuti kelas english..brapa bayarannya kat sana?

    ReplyDelete
  3. two leg of lamb baru 70 dollar..murah la jugak..1 leg dlam 2 kilo lebih....

    ReplyDelete
  4. oooo okeylah tu..nanti kita masak jugaklah..bila nak datang rumah?

    ReplyDelete
  5. ermm y cant we go and watch xmas parade? Congrats on completing your english course!

    ReplyDelete