Saturday, December 12, 2009

Waikato dan Strawberry Picking

Pada hari sabtu sebagaimana yang telah dirancang pagi- pagi lagi kami dah bertolak ke Waikato yang terletak kira- kira 150km dari rumah kami...Kami pergi bersama June dan suaminya Syukur dan menaiki kereta June (Nissan Serena)...ngam- ngamlah muatan sebab kami ada 6 orang tambah Jue dan suami jadilah 8 orang...Petunjuk arah kami ialah Tom-tom (sejenis alat GPS, kalau kat M'sia lebih popular Garmin)...

Ahli rombongan...Pilot (Syukur) Co Pilot (Nan), tengah (aku, Wafa & Arif) & Belakang (June, Najwa & Min)

Si Tom Tom...penunjuk arah kami yang paling setia

Sepanjang perjalanan selama 2 jam...kami amat terpukau melihat keindahan alam semula jadi di bumi New Zealand ni... kiri dan kanan jalan seluas saujana mata memandang ternampak kehijauan tanah ladang, pokok2 pine, rumah2 ladang, lembu2 tenusu dan daging yang pelbagai corak dan warna...terdapat juga sungai2 yang mengalir melalui kawasan bukit bukau...okeylah tak pandai nak mengayat lagi tapi gambar2 di bawah dapat menceritakan keindahan yang telah kami saksikan (tapi ni kamera murah je)

Keterujaan kami bertambah lagi bila berpeluang pergi ke ladang berry...ada macam2  jenis berry antaranya strawberry, blackberry, rasberry, boysenberry dan blueberry...bayaran untuk masuk ke sini ialah $5 untuk orang dewasa dan $2 untuk kanak2 sekolah...Min dan Wafa tak perlu bayar...untuk kami sekeluarga kami perlu membayar $14...

Dalam kebun tu kami boleh makan sebanyak mana yang kami mampu...tapi kalau nak bawa balik kena bayar 1kg = $5...

Buah strawberry kat sini sangat besar dan manis...sampai tak larat nak makan...nak pecah perut rasanya...yealah kalau bawa keluar kena bayar...so, apalagi kami makan dan terus makan je lah...pada pendapat akulah yang paling best strawberyy...berry2 yang lain tu tak best sangat dan agak masam.

Pintu masuk ke Oloe Berry FarmTengah sibuk membuat pembayaran untuk masuk ke kebunKebun strawberry yang luas dan teraturSTRAWBERRYBLACKBERRYBOYSENBERRYRASBERRYAnak2 lah yang paling terja dan seronok...tengoklah aksi2 kami sekeluarga...

2 comments:

  1. salam...ukhwah dari seremban, Malaysia,

    sangat cantik pemandangan di NZ tu..

    ReplyDelete
  2. salam...jemputlah datang...kami sedia menunggu di airport Auckland

    ReplyDelete