Sunday, November 29, 2009

Aidiladha diperantauan

Allahukbar Allahuakbar Allahuakbar La Ilaha Illallahu Wallahuakbar Allahuakbar Walilahilham...

Itulah syahdunya laungan takbir raya yang aku dengar melalui komputer...walaupun hanya melalui komputer tetapi tetap terasa kesyahduannya...

Pagi- pagi lagi aku dah bangun untuk menyediakan hidangan istimewa pagi raya iaitu nasi dagang...walaupun taklah sesedap masakan Ma di kampung namun okeylah (cubaan pertamalah katakan)

Nasi dagang dengan gulai ikan mackerel & acar timun

Seterusnya aku kejutkan anak-anak dan pakaikan diaorang baju raya...then kakak & abang mengikut papanya sembahyang raya (kalau tak silap kat gelanggang bola jaring)

Nilah dia gelanggang Netball tempat penduduk Islam kat sini bersembahyang rayaKakak dan Abang tengah kesejukan 

Dalam pukul 11.00 pagi kami ke Long Bay untuk majlis makan- makan...specialnya di sini...

1) Peluang untuk saling bermaafan dan beramah mesra...semua keluarga yang tinggal di North Shore hadir dan masing - masing membawa bermacam jaudah yang cukup istimewa2) Pelbagai hidangan yang amat menyelerakan....rasa kenyang yang teramat sangat

Meja 1 : pelbagai jenis nasi...nasi dagang, nasi minyak lauk ayam merah & ayam kurma, pulut kuning & rendang, nasi himpit & kuah kacang.Meja 2 : pelbagai jenis kuih, kek pisang, kek coklat, kek buah, muffin, popia, kuih bakar, puding, apam dan macam2 lagiMeja 3 : ada kupang bakar, sate ayam, sate daging dan kuah kacang3) Pelbagai permainan...sukaneka (bawa bola dalam sudu, bowling pantai, lari bawa gelung), tukar-tukar hadiah (kanak2 & dewasa)

Go Min go...Yasmin tengah bersedia nak lari sambil pusing gelungHaa yang pakai baju biru tu penyelaras aktiviti tukar- tukar hadiah...sebelum ambil hadiah  tuan empunya hadiah kena bagi klu dulu...lepas tu si penerima tu kenalah meneka...macam2 klu yang keluarAnak- anak kecil dapat bermain pasir dengan riangnyaSelepas bersurai keluarga Azwan, Biha, June, Lornie dam abang Azhar sempat singgah minum Teh Tarik Biha & Jemput Pisang June di rumah kami...borak- borak sampailah pukul 6.30 petang...

Itulah cerita Aidiladha kami di bumi NZ  



2 comments:

  1. Salam Aidiladha buat Kak Asna dan Family..

    Meriah sakan nampaknya Raya kt sana..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...ni kali ke 3 sambut Aidiladha ditempat org...pertama masa form 5...belajar kat KISAS nak balik jauh...ke2 masa mula2 kerja kat KL...tak sempat balik sbb tak ada cuti..Selamat menyambut Aidiladha.

    ReplyDelete