Saturday, November 14, 2009

Anugerah Pertama Abang Arif

Alhamdulillah setelah 5 minggu belajar di Glamorgan School Arif telah berjaya menerima "Special Effort Award For Always Working hard and Writting Descriptive Recount About Your Weekends"...Walau pun anugerah tu tak lah sebesar mana tapi at least dapatlah menaikkan semangat dia nak ke sekolah...Kalau seminggu dan dua minggu pertama persekolahan asyik merungut je tak nak pergi sekolah...sekarang dah tak dengar dah ayat tu...Sekarang bolehlah dengar sikit2 cakap Mat Salleh...esp waktu dia cerita tentang perkara yang berlaku kat sekolah..contohnya "Mama tadi Mrs Monday said Arif first time you come here you don't know anything...now you can write anything that you want to write"...kalau dulu satu benda pun tak reti nak cakap

Lain pulak dengan Najwa...dia dari kat Malaysia lagi memang suka show up sikit..esp bila depan orang...so, tak de masalah sangat...cuma kadang2 kawan2 dia suka ejek dia punya accent (slang)...contoh bila sebut what, kalau seven orang sini sebut sivin, ten (tin), yes (yis), best (bist)...menangislah jugak bila kena ejek...bila dia sedih kami akan bawa ke rumah Nida...sebab Nida dan anak2 dia pandai sikit bagi kaunseling. 

Ni lah sijil yang Abang Arif terima...Najwa kata terkejut dengar Headmaster panggil nama Arif Abdullah Adnan masa dalam dewan

Gambar Abang Arif dalam kelas

Kesibukan Glamorgan School waktu pulang dari sekolah (pukul 3.00 petang) Ni lah topi ciptaan Najwa sempena Fancy Hat Day

2 comments:

  1. Salam kak..

    Tahniah buat Ariff...permulaan yg baik dan harap lepas ni dia makin bersemangat dan bersungguh untuk belajar dan lawan ngan anak2 mat salleh tu..dan untuk mama dia..harap2 tak susah hati lagi yer..

    ReplyDelete
  2. seronok bace kisah akak nih....semoga semuenyer sentiasa dalam keadaan yg baik2...aminnn..kim salam dgn ank akak yg comel2 tu yer...comel sgt2..

    ReplyDelete