Thursday, November 5, 2009

Persekolahan anak- anakku

Aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengunjung blog ini terutamanya ahli keluarga di kg, keluarga sebelah mertua, adik beradikku, ipar2, anak2 saudara, rakan2 di SMK Lepar, anak2 murid, bekas jiran2, rakan2 di sini dan rakan di mana jua anda berada...

Bangun je tidur kami terus je buka blog untuk melihat komen dari kalian semua...kerana komen itulah yang banyak memberi kekuatan serta semangat kepada kami...ia juga menjadi pengubat kerinduan kami pada kampung halaman serta kenangan bersama kalian semua...

Alhamdulillah setelah lebih sebulan berada di sini, Najwa & arif dah tak ada masalah nak ke sekolah...malah sekarang ni baru pukul 8.15 dah sibuk nak ke sekolah (padahal sekolah masuk pkl 9.00)..Mereka sudah mula bercerita apa yg cikgu & kawan2 dia cakap kat sekolah...kata Asiah (org lama kat sini)...3 bulan pertama mereka dalam proses memahami lepas tu baru diaorg mula bercakap..cikgu2 diaorg pun sentiasa bagi bhn sokongan (cthnya Arif perlu membaca buku cerita tiap-tiap hari dan diinitial oleh parent)...mereka juga sering dipanggil ke kelas ESOL (English utk pelajar asing)...nampak diaorg dah mula enjoy sekarang...bila aku tanya macammana hari ni...diaorg cakap BEST.....

Arif & Najwa nak ke sekolah...tu muka tension sebab tak nak ambil gambar

Yasmin pula dah mula nak bergaul dengan rakan2..cuma dia senyap jelah..bila dia nak balik dia akan cakap dengan cikgu dia...Mrs Dala I want to go home, see you tomorrow (tu je dialog yg dia tahu setakat ni)

Min dah mula berkawan walaupun hanya membisu...kami pergi Nan yang hantar dan balik berjalan kaki dalam 10 minitKami juga tidak lupakan memberi pelajaran agama pada Arif dan Najwa...contohnya bila balik dari sekolah, lepas solat zohor aku akan ajar subjek fardu ain (seerah, ibadat, akhlak, akidah & pen Islam) dalam 20 minit seorang...untuk sukatan malaysia pula aku baru berbincang dengan Nida...aku akan ajar subjek Maths & Pen Islam, manakala Nida pula Sains & B.Melayu...sesuai dengan opsyen dan kebolehan kami...cuma jadual dan tempat masih dalam perbincangan...(hari Sabtu ini akan diadakan mesyuarat tentang kelas fardu ain ni)

Sekarang cuaca sudah mula panas sebab dah nak masuk summer..kami dah mula rasa selesa sedikit berbanding dengan masa mula- mula sampai dulu...Alhamdulillah...cuma kerinduan pada Malaysia tidak pernah padam (bila nampak kapal terbang macam nak tumpang naik je)...Rindu sangat dengan kemeriahan di Malaysia...Rumahku di kampung, rumah Nan, rumah abang Long, Pantai Tok Jembal, Kuarters, SMK Lepar...makanan2 di Malaysia..KFC, Mc Donald, keropok lekor, nasi lemak tok ma...dan semua yang ada di Malaysia...WE MISS YOU....

2 comments:

  1. Salam Kak Asna..

    Seronok ikuti pkembangan English anak-anak akak..

    Dan cadangan yg baik utk cover sukatan pelajaran Msia utk anak2..teruskan!

    ReplyDelete
  2. Terima kasih..semalam dah buat meeting, akak ajar mt & pafa dan Nida Sn & bm utk anak2 kat sini..ada 2 group-4 & 5 thn (ada 5org) dan 6-10 (ada 9org)..merangkumi praktikal wuduk dan solat..kelas di buat 2 minggu sekali...Alhamdulillah...
    Akak juga akan terus mengajar anak2 akak, walaupun 5 minit sehari...agar diaorg tak lupa..yealah kalau dulu kita boleh mengajar 30 anak org dlm 1 kelas..takkan tak boleh 4 org anak sendiri...tapi susah yea bila nak ajar anak sendiri...terima kasihlah kerana memberi sokongan kpd akak..akak rasa lebih bersemangat..

    ReplyDelete