Tuesday, November 17, 2009

Ramai rupanya orang Melayu

Sejak sebulan setengah di sini, tak ramai orang Melayu yang aku jumpa...kalau ada pun cuma kami- kami ni lah 2, 3 kerat...tapi pada hari Ahad lepas aku berpeluang bertemu dengan ramai orang Melayu atau dengan lebih tepatnya rakyat Malaysia...

Kami bertemu sempena Perlawanan Futsal dan Bola Jaring anjuran MAPSA..MAPSA ialah singkatan kepada Malaysia-Auckland Postgraduate Student Association...perlawanan ni dibahagikan kepada 3 pasukan (North Shore, Auckland City dan Mount)...pembahagian kumpulan mengikut kawasan tempat tinggal...yang paling sedikit kamilah...cuma ada dalam 10 family je..so, no wonderlah kami dapat tempat tercorot...sebenarnya perlawanan tu tak penting sangat...yang penting kami dapat saling mengenali antara satu sama lain, beramah mesra dan saling bertanya khabar...yea lah hidup jauh diperantauan...suka sangat bila dapat berjumpa...yang seronoknya aku dapat jumpa orang Terengganu (senior aku waktu kat AIUM dulu)..Nan pulak dapat jumpa orang Losong...Ganu Kitelah katakan...

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang MAPSA klik di sini

Terlupa sekejap berada di New Zealand...rasa macam berada di Malaysia jeKaum wanita setia menjadi penyokong

Ewah! seronoknye Papa dapat jumpa orang Losong (tempat Keropok Lekor)Ni lah dia para bapa bertungkus lumus untuk meraih kemenangan...

Abang bukan main seronok jumpa kawan- kawan

Letih...rehat kejap...Min & Wafa dan mula mengantuk



3 comments:

  1. salam Cikgu Asna
    meriah kan kalau dapat bertemu seumpama ini

    ReplyDelete
  2. salam, tgk gambar2, bersemangat sekali sy nak migrate ke NZ hihi

    ReplyDelete